Friday, February 18, 2011

MAsiH MaMPu Tuk BERharap...hayati!!


Bismillahirrahmanirrahim...
Allahumma solli a'la Muhammad,,wa a'la alihi wa sohbihi ajma'in..

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam...
Ya Allah..
janganlah Engkau biarkan pada diri kami ini dosa,,
kecuali Engkau telah ampunkan akan dia..
dan tidak ada kesusahan kecuali Engkau leraikan,,
tidak ada yang berhutang kecuali Engkau tolong langsaikan,,
tidak ada sakit kecuali Engkau sembuhkan dia,,
dan tidak ada kesesakan kecuali Engkau beri kesejahteraan akan dia,,
dan tidak ada orang yang sesat kecuali Engkau beri petunjuk akn dia,,
tidak ada orang yang susah kecuali Engkau permudahkan dia,,
tidak ada orang yang fakir kecuali Engkau beri kekayaan akan dia,,
dan tidak ada orang yang memohon kecuali Engkau tunaikan dia,,
dan tidak ada yang jauh kecuali Engkau hampirkan dia,,
dan tidak ada musuh kecuali Engkau binasakan dia,,
tidak ada orang yang berjihad kecuali Engkau menolongnya,,
tidak ada orang yang bujang kecuali Engkau kahwinkan dia,,
tidak ada hajat daripada hajat2 dunia dan akhirat yang Engkau redhai padanya,,
dan ada kebaikan bagi kami,,
kecuali Engkau tunaikan dia,,
dan permudahkan dia,,
wahai Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam..
Rabbana..Rabbana..Rabbana..
Taqabbal minna dua' ana..
Ya ArhamarRahimin...

Wednesday, February 16, 2011

KaSiH SaYaNg AlLaH mElAlUi SeLaWaT NaBi...SUBHANALLAH,,,,

Bismillahirrahmanirrahim...
Subhanallah wa bi hamdih..
Subhanallahila'zim..

Ya Allah,,
rahmatilah ke atas junjungan besar kami Nabi Muhammad SAW dan juga ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda kesemuanya.. 

Assalamualaikum wrt..
moga redha Allah sentiasa mengiringi setiap langkahmu dan diriku..

Bicara tentang Maulidur Rasul yang telah berlalu semalam,,
sengaja aku post entri ini ketika sisa kedinginan Subuh masih berbaki,,
supaya semangat berselawat tetap segar..
tidak pasti bagaimana hendak ku mulakan bicara ini sedalamnya..
menurutku,,
apabila datangnya hari kebesaran junjungan besar SAW,,
maka berlumba2 umat ini bercakap tentang perjuangan Rasulullah..
keagungan dan ketinggian akhlak baginda,,
kelebihan berselawat ke atas baginda,,
saat itu juga masing2 meluahkan rasa kecintaannya kepada kekasih Allah ini..
begitu juga aku..
kesempatan ini yang terbaik untuk aku berkongsi ilmu tentang selawat 
yang ku baca dan dengar..
insyaAllah,,
ramai yang sudah tahu tentangnya..
tetapi atas peringatan bahawa kita adalah hamba yang sering lalai dan lupa,,
maka entri ini ku jadikan peringatan buatku dan sahabat sekalian..

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata pula Mikail A.S. : “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.” 

Berkata pula Israfil A.S. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.”

Malaikat Izrail A.S pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi.”

Anas r.a berkata, bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud “siapa  membaca selawat untukku sekali maka Allah SWT mberikannya 10 selawat..barangsiapa membaca selawat untukku 10 kali,,maka Allah SWT memberinya  100 selawat,,dan barangsiapa membaca selawat ke atasku 100 kali,, maka Allah mencatat pada 2 matanya dua kebebasan, bebas dr sifat munafik dan bebas dr api neraka,,bahkan d hari kiamat Allah SWT memasukkannya ke dalam syurga bersama2 dengan mereka yang mati syahid”

Diriwayatkan dr Anas bin Malik r.a telah bersabda Rasulullah SAW yg bermksd “hiasilah tempat2 pertemuanmu dengan membaca selawat untukku,,kerana sesungguhnya selawatmu untukku itu menjadi sinar di hari kiamat”

Bersabda Nabi SAW yang bermaksud “tidaklah seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan dikembalikan oleh Allah kepadaku ruhku sehingga aku menjawab salam kepadanya” riwayat Abu Daud dari Abi Hurairah…

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat untuk Nabinya..Wahai orang2 yang beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya” (33:56)

mari kita hayati dan hormati keindahan selawat..
moga Rasulullah bersama kita sentiasa..

 

 

Thursday, February 10, 2011

RASA ITU DATANG LAGI!!!




Astaghfirullahala'zim..
Astaghfirullahala'zim..
Astaghfirullahala'zim..

Wahai Allah! Rahmatilah ke atas junjungan kami Nabi muhammad SAW dan juga ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda kesemuanya..

Bismillahirrahmanirrahim..
Segala puji bagi Allah seru sekalian alam,,puji-pujian ke atas anugerah nikmat-nikmatNya dan yang menolak segala bencana dan dengan anugerah kelebihanNya,,
Ya Allah,,wahai Tuhan kami,,bagiMu kepujian sebagaimana selayaknya bagi kebesaran zatMu,,dan kemuliaan serta keagungan kekuasaanMu..

Wahai Tuhanku,,
ilmuMu cukup untuk memenuhi permintaanku,,
sempurnakan hajatku dengan hak surah al-Fatihah,,
kemuliaanMu cukup untuk memenuhi percakapanku,,
muliakan daku dengan hak surah al-Fatihah,,
kurniakanlah apa yang tersirat dalam hatiku,,
Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya..
......Assalamualaikum wbt......
pagi ini aku membuat satu panggilan kepada seorang sahabat tercinta..
perbualan ku mulakan dengan gurauan..
maklum la lama juga dah tak contact..
masing-masing sibuk..

nak dijadikan cerita..
sebelum kami menamatkan bicara rindu..
sahabatku berkata..
 CINTA dapat posting dekat dengan kami..
hanya Allah saja yang tahu seperti berhenti jantungku berdegup!
aku bertanya bagaimana sahabatku mendapat kabar ini..
rupa-rupanya mereka berhubung..
alhamdulillah..

..CINTA..
sudah terlalu lama aku tidak berhubung dengannya..
entah bagaimana kabar dirinya..
rindu menendangku kembali!!

setelah aku menamatkan perbualan itu..
terasa jatuh seri muka ku..
tak mampu ku ukir senyuman meskipun di pinggir hati..
bukan tidak gembira..
kesyukuranku mendengar berita itu ku alas dengan rasa takjubku pada Allah!!

setelah lama ku tutup kotak rindu ku buatnya..
Allah menjentik pintu rindu itu kembali..
terasa ingin demam aku kembali..
meskipun demam yang sedia ada dalam proses pemulihan..
mengadap rezeki dengan keterpaksaan untuk ditelan..
terasa hilang nikmat yang ku pinjam..

tergamam aku!!
diam membisu!!
tergagap nafasku!!
beku fikiranku!!
tiada lain yang aku ingati sepanjang pagi ini..
melainkan ALLAH!!
hatiku berkata-kata..
adakah ini doa yang pernah aku panjatkan dulu???
ataukah Allah mahu aku masih bersamanya???

ALLAH!!!!!!!!!!!!
tidak pernah aku putuskan ukhwah ini!!
tidak walau sesaat pun!!
dia CINTA!!
sahabatku yang tidak pernah aku lupakan!!

Ya Allah..
sesungguhnya Kau yang titipkan rasa ini..
Kau yang alirkan air mata ini..
Kau yang meruntuhkan sebak di dada ini..
bagaimana kan mampu ku halang..
aku akur Ya Rabb..

kasihan sahabat2 ku yang lain..
setiap kali rasa ini datang..
aku minta mereka nasihatkan ku dengan nasihat2 Allah..
pesanan2 Rasulullah..
kerna aku yakin..
tiap kata2 mereka padaku adalah titipan dari Allah..
sahabat2 sangat kuat kecintaan dan ketaqwaan mereka kepada Allah..

moga mereka tidak terbeban..
tidak merasa jemu melayan tsunami hati ini..


luahan ini sekadar terapi buat hatiku..
moga sarat bebanan perasaan ini mampu ku kurangkan..
moga Allah redha dengan ukhwah ini..
pimpinlah ukhwah ini sehingga ke syurgaMu..
aku ingin bertemu dengan CINTA..
mendakapnya sepenuh hati..
meluahkan rasa rindu yang membeku ini..
mengulang kenangan semalam..
walau apa dan bagaimana sekali pun..kami tetap ADIK BERADIK!!!
kekal selamanya hingga ke syurga!!!
Ya Allah..perkenankanlah permintaan ini..
amiin..
 

Tuesday, January 11, 2011

BEGITU TEGARKAH HATINYA?????!!!!


Bismillahirrahmanirrahim..
selawat dan salam ku titipkan buat junjungan besar nabi Muhammad SAW sekeluarga dan sahabat2...

dah lama aku tak post apa2...
fokus aku lebih kepada tanggungjawab yang baru ketika ini...
namun dalam kepenatan hati aku kuat nak post entri ni...
entah kenapa tiba2 dirundung rasa pilu yg tak dapat aku express sendiri dgn perasaan..
betapa aku menahan kepiluan ini dalam2..
sebolehnya aku ingin menangis agar segalanya berlalu..

namun aku adalah aku..
kerasnya hatiku bukan menampung dendam..
semakin aku cube keras semakin lemah aku menampung jiwa yg sarat ni..
Ya Allah andai Kau mengizinkan aku tuk menangis...

titipan ini sekadar coretan penguat hatiku..
hmmm..
entah bagaimana harusku bermula..
tentang sahabat yang aku cinta..
kasih..sayang dan rindu..
dia..tak mampu tuk ku sebut namanya..
perasaan yang ku kendong ini sgt suci..kiriman Allah buatku..

aku menemuinya dan sahabat2 lain di kampus..
insan yang boleh ku angkat sebagai sahabat dunia akhiratku..
tak pernah aku menolaknya mendendaminya kerana keburukannya..
tidak aku membencinya kerana membenciku..
moga perasaan yg lahir ini tulus dan ikhlas dari Allah buatku..

aku ingin menangis Ya Allah...
kebalnya hijab hati ini...

andai aku mampu bertanya kepadanya
"kenapa remove long dr frenlist 'kamu'???"
"tak rindu kat long ke??"

Ya Allah..sungguh!!
memang berat perasaan yang kutanggung ini..
sedikit pun aku tidak mampu tuk menyebut namanya..
apatah lagi mengingatinya..
raut wajahnya yang terimbas dalam benak kenangan ini cukup membuatkan aku sakit..
entah kenapa sepertinya aku tidak lagi lahir dalam jiwa kesayangannya itu..

bukan aku mengharapkan apa2 balasan..
aku cuma ingin 'kamu' tahu bahawa aku rindu..
saat suka duka itu..
semuanya..
meskipun terkadang aku tahu hatimu..
aku mahu jadi sahabatmu yang menutup aibmu..melindungimu..

alhamdulillah...
aku bahagia dengan jiwa ini..
ya Allah...
terasa nk ku laung namanya..
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

tegarnya 'kamu' pada long...
(~_~,)

Friday, December 10, 2010

Wasiat Lukman Hakim Sebelum Meninggal..

Assalamualaikum wbt..
Ku kirimkan doa sejahtera buat sahabat2 yang melayari blog ini..
Moga kalian mendapat manfaat sebaiknya...

Subhanallah..
Walhamdulillah..
Walailahaillallah..
Wallahuakbar!!

Terasa ingin memanjatkan kesyukuran yang teramat sangat kepada al-Khaliq..
Unik ciptaanNya kepada hamba yang hina dan daif ini..hmm aku la (^_^)
Kembaraku kali ini terlihatkan kepada sesuatu yang aku tahu tapi seringkali lupa..
Makanya Allah Yang Maha Pemurah mengizinkan aku untuk berkongsi lagi..
Buatku juga sahabat2..

Aku harap sekalian yang membaca dapat menghayati tiap bicara ini..
Aku juga begitu..

---------------------------------------------------------------------------------------

Luqman al-Hakim r.a mengingatkan anaknya ketika beliau berada di ambang kewafatan:
"Wahai anakku!!
Sehingga setakat ini banyak yang sudah aku wasiatkan untukmu dan aku ingin mewasiatkan dirimu sekarang dengan enam perkara lagi, terdapat padanya segala ilmu orang yang terdahulu dan terkemudian..
  1. Janganlah engkau sibukkan dirimu dengan urusan dunia kecuali dengan sekadar usia yang engkau miliki..
  2. Sembahlah Tuhanmu sekadar keperluanmu kepadaNya..
  3. Beramallah untuk hari akhirat, sekadar engkau ingin tinggal di sana..
  4. Hendaklah engkau menyibukkan dirimu untuk melepaskan lututmu(dirimu) dari api neraka, selagi mana engkau masih belum mampu berjaya melepaskannya..
  5. Beranilah engkau melakukan maksiat (kepada Allah), setakat mana engkau dapat bersabar dengan azab Allah..
  6. Sekiranya engkau ingin melakukan maksiat kepada Allah, carilah tempat yang lain di mana Allah dan malaikatNya tidak dapat melihatmu..
Termenung aku menghayati wasiat yang tertulis ini..
setiap langkah kembaraku harus ku atur lagi..
kali ini dengan lebih berhati2..
tewas itu adat..tersungkur itu berhikmah...
namun aku tak boleh terus lemah..
membentuk iman bukan sehari..
yakin Allah sentiasa menemani...
yakin Allah sentiasa di sisi..
yakin Allah sentiasa membelai hati...
YA ALLAH......moga aku sentiasa dalam dakapanMu!!

Tuesday, December 7, 2010

Apakah Allah Terima Taubatku??


Bismillahirrahmanirrahim...
moga bermulanya bicaraku dengan basmallah ini
mendapat limpah rahmat & kemurahan Allah SWT..
ameen...
Topik ini kupetik daripada bacaanku dalam solusi..
Seperti biasanya Allah kurniakan kemurahanNya untukku kongsikan bacaanku..
Alhamdulillahirabbil a'lamin..

Kamu lakukan dosa kerana kejahilan, lalu segera bertaubat..
firman Allah, maksudnya:
"Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggupi oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat. Maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."
<an-Nisa' 4:17>

Kamu lakukan dosa tetapi kemudian kamu insaf dan berusaha memperbaiki diri..
firman Allah, maksudnya:
"Dan mana2 dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima Taubat, lagi Maha Luas rahmatNya."
<an-Nisa' 4:16>

Dia memaafkan kesalahan yang kamu lakukan..
firman Allah, maksudnya:
"Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba2Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan2 (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." 
<al-Syura 42:25>

Dia memaafkan kesalahan sesiapa sahaja yang dikehendakiNya..
firman Allah, maksudnya:
"Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang yang dikehendakiNya; dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
<at-Taubah 9:15>

 
Lalu...aku teringatkan pada Sayyidul Istighfar..

~Allahumma anta Rabbi...~
Ya Allah..Engkau adalah Tuhanku..
tidak ada Tuhan selain Engkau..
Engkau yang menciptakan dan aku abdiMu..
dan aku berada dalam perjanjian denganMu..
ikrar kepadaMu..
(yang akan kulakukan dengan) segala kemampuanku..
dan aku berlindung padaMu..
dari kejahatan apa2 yang telah aku lakukan..
aku mengakui..
(dengan sebenar2nya) nikmatMu kepadaku..
dan aku mengakui dosaku..
maka ampunilah aku..
kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa2..
kecuali Engkau.. 

ameen....Ya Rabbal a'lamin.. 

Meraih Hati Yang Gundah..

Bismillahirrahmanirrahim...

Ketika langkahku kaku..
Aku petik kata2 yang indah dari Allah Yang Maha Pengasih..

Seorang sahabat menguatkanku dengan firman ini..

"(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang2 yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman & yakin berserta dengan iman & keyakinan mereka yang sedia ada; padahal Allah menguasai tentera langit & bumi (untuk menolong mereka) & Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
<al-Fath 48:4>

Sesungguhnya Allah tidak pernah kejam..
Makin aku mendekatiNya..
Makin terasa kasih sayangNya..
Akulah Ibadurrahman..
Tidak akan pernah berhenti meminta untuk disayangiNya..

ALLAH KECINTAANKU..
AMEEN..AMEEN..AMEEN..

Saturday, November 27, 2010

THE MOST BEAUTIFUL WORDS...



SURAH FATIHAH..
protects one from anger of ALLAH

SURAH YASSIN..
from thirts on The Day of Judgement

SURAH WAQIAH..
from poverty and starvation

SURAH MULK..
from punishment of grave

SURAH KAUTHAR..
from enemity of enemy

SURAH KAAFIRUN..
from kufr at time of death

SURAH IKHLAAS..
from hypocrisy

SURAH FALAQ..
from calamities

SURAH NAAS..
from evil thoughts

WALLAHUA'LAM..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...