Friday, December 10, 2010

Wasiat Lukman Hakim Sebelum Meninggal..

Assalamualaikum wbt..
Ku kirimkan doa sejahtera buat sahabat2 yang melayari blog ini..
Moga kalian mendapat manfaat sebaiknya...

Subhanallah..
Walhamdulillah..
Walailahaillallah..
Wallahuakbar!!

Terasa ingin memanjatkan kesyukuran yang teramat sangat kepada al-Khaliq..
Unik ciptaanNya kepada hamba yang hina dan daif ini..hmm aku la (^_^)
Kembaraku kali ini terlihatkan kepada sesuatu yang aku tahu tapi seringkali lupa..
Makanya Allah Yang Maha Pemurah mengizinkan aku untuk berkongsi lagi..
Buatku juga sahabat2..

Aku harap sekalian yang membaca dapat menghayati tiap bicara ini..
Aku juga begitu..

---------------------------------------------------------------------------------------

Luqman al-Hakim r.a mengingatkan anaknya ketika beliau berada di ambang kewafatan:
"Wahai anakku!!
Sehingga setakat ini banyak yang sudah aku wasiatkan untukmu dan aku ingin mewasiatkan dirimu sekarang dengan enam perkara lagi, terdapat padanya segala ilmu orang yang terdahulu dan terkemudian..
  1. Janganlah engkau sibukkan dirimu dengan urusan dunia kecuali dengan sekadar usia yang engkau miliki..
  2. Sembahlah Tuhanmu sekadar keperluanmu kepadaNya..
  3. Beramallah untuk hari akhirat, sekadar engkau ingin tinggal di sana..
  4. Hendaklah engkau menyibukkan dirimu untuk melepaskan lututmu(dirimu) dari api neraka, selagi mana engkau masih belum mampu berjaya melepaskannya..
  5. Beranilah engkau melakukan maksiat (kepada Allah), setakat mana engkau dapat bersabar dengan azab Allah..
  6. Sekiranya engkau ingin melakukan maksiat kepada Allah, carilah tempat yang lain di mana Allah dan malaikatNya tidak dapat melihatmu..
Termenung aku menghayati wasiat yang tertulis ini..
setiap langkah kembaraku harus ku atur lagi..
kali ini dengan lebih berhati2..
tewas itu adat..tersungkur itu berhikmah...
namun aku tak boleh terus lemah..
membentuk iman bukan sehari..
yakin Allah sentiasa menemani...
yakin Allah sentiasa di sisi..
yakin Allah sentiasa membelai hati...
YA ALLAH......moga aku sentiasa dalam dakapanMu!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...