Friday, December 10, 2010

Wasiat Lukman Hakim Sebelum Meninggal..

Assalamualaikum wbt..
Ku kirimkan doa sejahtera buat sahabat2 yang melayari blog ini..
Moga kalian mendapat manfaat sebaiknya...

Subhanallah..
Walhamdulillah..
Walailahaillallah..
Wallahuakbar!!

Terasa ingin memanjatkan kesyukuran yang teramat sangat kepada al-Khaliq..
Unik ciptaanNya kepada hamba yang hina dan daif ini..hmm aku la (^_^)
Kembaraku kali ini terlihatkan kepada sesuatu yang aku tahu tapi seringkali lupa..
Makanya Allah Yang Maha Pemurah mengizinkan aku untuk berkongsi lagi..
Buatku juga sahabat2..

Aku harap sekalian yang membaca dapat menghayati tiap bicara ini..
Aku juga begitu..

---------------------------------------------------------------------------------------

Luqman al-Hakim r.a mengingatkan anaknya ketika beliau berada di ambang kewafatan:
"Wahai anakku!!
Sehingga setakat ini banyak yang sudah aku wasiatkan untukmu dan aku ingin mewasiatkan dirimu sekarang dengan enam perkara lagi, terdapat padanya segala ilmu orang yang terdahulu dan terkemudian..
  1. Janganlah engkau sibukkan dirimu dengan urusan dunia kecuali dengan sekadar usia yang engkau miliki..
  2. Sembahlah Tuhanmu sekadar keperluanmu kepadaNya..
  3. Beramallah untuk hari akhirat, sekadar engkau ingin tinggal di sana..
  4. Hendaklah engkau menyibukkan dirimu untuk melepaskan lututmu(dirimu) dari api neraka, selagi mana engkau masih belum mampu berjaya melepaskannya..
  5. Beranilah engkau melakukan maksiat (kepada Allah), setakat mana engkau dapat bersabar dengan azab Allah..
  6. Sekiranya engkau ingin melakukan maksiat kepada Allah, carilah tempat yang lain di mana Allah dan malaikatNya tidak dapat melihatmu..
Termenung aku menghayati wasiat yang tertulis ini..
setiap langkah kembaraku harus ku atur lagi..
kali ini dengan lebih berhati2..
tewas itu adat..tersungkur itu berhikmah...
namun aku tak boleh terus lemah..
membentuk iman bukan sehari..
yakin Allah sentiasa menemani...
yakin Allah sentiasa di sisi..
yakin Allah sentiasa membelai hati...
YA ALLAH......moga aku sentiasa dalam dakapanMu!!

Tuesday, December 7, 2010

Apakah Allah Terima Taubatku??


Bismillahirrahmanirrahim...
moga bermulanya bicaraku dengan basmallah ini
mendapat limpah rahmat & kemurahan Allah SWT..
ameen...
Topik ini kupetik daripada bacaanku dalam solusi..
Seperti biasanya Allah kurniakan kemurahanNya untukku kongsikan bacaanku..
Alhamdulillahirabbil a'lamin..

Kamu lakukan dosa kerana kejahilan, lalu segera bertaubat..
firman Allah, maksudnya:
"Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggupi oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat. Maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."
<an-Nisa' 4:17>

Kamu lakukan dosa tetapi kemudian kamu insaf dan berusaha memperbaiki diri..
firman Allah, maksudnya:
"Dan mana2 dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka (yang buruk), maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa Menerima Taubat, lagi Maha Luas rahmatNya."
<an-Nisa' 4:16>

Dia memaafkan kesalahan yang kamu lakukan..
firman Allah, maksudnya:
"Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba2Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan2 (yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." 
<al-Syura 42:25>

Dia memaafkan kesalahan sesiapa sahaja yang dikehendakiNya..
firman Allah, maksudnya:
"Dan Dia juga akan menghapuskan kemarahan hati orang yang beriman itu, dan Allah akan menerima taubat orang yang dikehendakiNya; dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
<at-Taubah 9:15>

 
Lalu...aku teringatkan pada Sayyidul Istighfar..

~Allahumma anta Rabbi...~
Ya Allah..Engkau adalah Tuhanku..
tidak ada Tuhan selain Engkau..
Engkau yang menciptakan dan aku abdiMu..
dan aku berada dalam perjanjian denganMu..
ikrar kepadaMu..
(yang akan kulakukan dengan) segala kemampuanku..
dan aku berlindung padaMu..
dari kejahatan apa2 yang telah aku lakukan..
aku mengakui..
(dengan sebenar2nya) nikmatMu kepadaku..
dan aku mengakui dosaku..
maka ampunilah aku..
kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa2..
kecuali Engkau.. 

ameen....Ya Rabbal a'lamin.. 

Meraih Hati Yang Gundah..

Bismillahirrahmanirrahim...

Ketika langkahku kaku..
Aku petik kata2 yang indah dari Allah Yang Maha Pengasih..

Seorang sahabat menguatkanku dengan firman ini..

"(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang2 yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman & yakin berserta dengan iman & keyakinan mereka yang sedia ada; padahal Allah menguasai tentera langit & bumi (untuk menolong mereka) & Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
<al-Fath 48:4>

Sesungguhnya Allah tidak pernah kejam..
Makin aku mendekatiNya..
Makin terasa kasih sayangNya..
Akulah Ibadurrahman..
Tidak akan pernah berhenti meminta untuk disayangiNya..

ALLAH KECINTAANKU..
AMEEN..AMEEN..AMEEN..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...