Thursday, September 9, 2010

Selamat Tinggal Kasih..Moga Bertemu Kembali..

berat di hati,,berat di fikiran,,berat di wajah mahu pun di tubuh ini..
sungguh kegelisahan ku datang,,memikirkan tentangmu Ramadhan..
biarpun cinta itu baru berputik,,namun terasa sangat dekat jauh di lubuk hati yang paling dalam..

YA ALLAH..
pintaku kepadaMU,,samapikan waktuku untuk bertemunya kembali..
sayu hatiku untuk berpisah dengannya..
kerana ia telah membawa ku mencintaiMU..
dengan izinMU YA RAHMAN..
mengalir darahku bersama getaran cinta yang Engkau kurniakan..

YA RABB..
jangan Kau hentikan kegelisahan ini..
kerana sesungguhnya ia sukar di cari..
sekali hati ini tenang..
bererti aku lalai..
sekali ia berhenti bergetar..
bererti ia jauh,,KAU jauh..

YA RAHIM..
di atas kemurahanMU..
kami bertemu dan bertamu..
di atas redhaMU..
aku merindu..
di atas rahmatMU..
aku mencinta dan dicinta..

sungguh YA ALLAH..
aku tidak pandai meminta dan berkata2 seindahnya..
aku yang hanya pandai meratap..
kelu lindah,,mati kata-kata..
namun ALLAH..
cukuplah dengan ini yang meronta..
hanya kepadaMU aku serah segalanya..
berkatiku Allah..
berkati kami..
ibu bapaku..
saudara2 kandungku..
ahli keluargaku..
sahabat2 ku..
mereka yang dekat dan mendekatiku..
rahmati kami Allah..
insyaAllah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...