Thursday, October 28, 2010

Bidadari Buat Suami..



Bismillahirrahmanirrahim..
Terpikat aku dengan lembaran yang baru habis aku baca..
terfikir untuk berkongsi..
pabila berkata tentang bidadari pasti muslimin yang paling teruja..
dan kala itu muslimat akan tertanya2 "tiadakah bidadara buatku?"
(^_*) terkadang lucu mendengar persoalan tersebut timbul..
hmm aku tidak terfikir untuk merebut semua itu..
cukuplah keampunan dan keredhaan Allah..
walaupun begitu..
entri ini dapat sedikit sebanyak membantu untuk memotivasikan kita dalam meningkatkan kecintaan kepada Allah..
sebagai IBADURRAHMAN..

Rasulullah SAW bersabda:
Allah menciptakan bidadari terdiri dari 4 warna- putih, hijau, kuning dan merah. Tubuhnya diciptakan dari za'faran, misik, anbar dan kafur. Rambutnya dari sutera, mulai dari jari2 kakinya sampai ke lututnya tercipta dari za'faran. Dari lutut sampai ke dadanya diberi harum-haruman dari minyak misik. Mulai dari dadanya ke kepalanya diberi harum-haruman dari kafur. Seandainya bidadari ini meludah dengan sekali ludahan ke dunia, maka semua air dunia menjadi misik. Di dadanya tertulis nama suaminya dan sebuah nama dari beberapa nama Allah. Pada setiap tangannya terdapat 10 gelang dari emas, jari2nya terdapat 10 cincin, pada setiap kedua kakinya terdapat 10 gelang kaki dari jauhar dan mutiara..

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa rasulullah SAW telah bersabda:
" Di dalam syurga terdapat bidadari yang bernama Aina. Ia diciptakan oleh Allah dari 4 unsur - misik, kafur, anbar dan za'faran. Tanahnya diadun dengan air kehidupan"..

Seluruh bidadari selalu merindukan suaminya. Jika ia meludah ke laut dengan sekali ludahan, maka pasti air laut itu akan menjadi tawar sebab dari air liurnya. Di leher bidadari terdapat tulisan:

"Barangsiapa yang suka agar dirinya seperti aku, maka hendaklah beramal dengan taat kepada Tuhannya"

Ibnu Mas'ud ra meriwayatkan, Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika Allah menciptakan syurga 'And, Allah memanggil Jibril, seraya berfirman: "Berangkatlah kamu ke syurga, lihatlah apa yang telah Aku ciptakan untuk hambaKu dan para kekasihKu"

Jibril pun pergi mengelilingi syurga, maka datanglah seorang bidadari menghampirinya. Ia termasuk salah satu penghuni istana2 syurga, bidadari tersebut tersenyum pada Jibril, maka bercahayalah syurga 'And akibat dari sinar giginya. Jibril langsung bersujud, ia mengira cahaya itu berasal dari Nur Tuhan Yang Mulia. Tidak lama kemudian bidadari itu memanggil Jibril:
"Wahai makhluk yang dipercaya Allah, apakah kamu tidak mengerti untuk siapa aku diciptakan?" Jibril menjawab: " Tidak, aku tidak mengerti".
Bidadari tersebut berkata : "Allah menciptakan aku untuk orang yang memilih redha Allah daripada menuruti hawa nafsunya"

Berdasarkan keterangan di atas, Rasulullah SAW bersabda:
 "Aku melihat di dalam syurga ada beberapa malaikat yang membangun istana, batanya terbuat dari perak, juga ada yang terbuat dari emas. Mereka terus membangun bangunan tersebut. Ketika mereka berhenti membangun,
lalu aku bertanya: "Kenapa kamu berhenti membangun?".
Mereka menjawab: "Benar2 telah habis perbekalan kamu?"
Aku lalu bertanya: " Apa perbekalan kamu?".
Mereka menjawab: " Berzikir kepada Allah Ta'ala, kerana yang mempunyai istana ini adalah orang yang berzikir pada Allah Ta'ala. Tatkal orang itu berhenti berzikir, maka kami pun berhenti membangun istana".

Ada keterangan dalam satu hadis: Tidak ada seorang hamba yang berpuasa Ramadhan Kecuali Allah akan menikahkan dia dengan seorang bidadari dalam satu Khemah yang diperbuat dari intan putih yang diukir.

Sebagaimana yang disebutkan dalam firmanNya:
" (Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah" ArRahman:72..
Maksudnya, yang disimpan dan ditutupi dalam khemah. Setiap bidadari memakai 70 pakaian. Bagi setiap ahli syurga mempunyai 70 ranjang yang terbuat dari yakut merah. Pada setiap ranjang terdapat 70 tikar, setiap tikarnya terdapat bidadari. Setiap bidadari mempunyai 1000 pelayan. Setiap pelayan membawa piring yang diperbuat dari emas sebagai tataan untuk menghidang makanan pada suami bidadari tersebut. Seluruh kenikmatan itu diperuntukkan bagi orang yang berpuasa di bulan Ramadhan dan amal kebaikan lainnya yang dilakukan di bulan suci tersebut..

Wallahua'lam..

>> buat muslimat..meskipun tiada bidadara buat kita, cukuplah kita menjadi bidadari buat suami kita di istana syurga nanti..insyaAllah..AMEEN3..
kitalah bidadari dan suami kita adalah bidadaranya..
paling penting buat diri ini dan juga sekalian yang membaca, tingkatkan amal soleh dan ketaatan kepada Allah SWT.. ^_^




Monday, October 25, 2010

Mencari Damai Yang Hilang..

Masjid Putra

Bangunan apa ek??

semalam...jam 5..
aku keseorangan mencari damai hatiku yang hilang..
di kawasan Masjid Putra..
temanku menyarankan aku ke sana..
melihat pemandangan..
memuji kebesaran Allah..
Subhanallah...
subhanallah...
subhanallah...

benar...bila hati merasa kosong..
merasa terawang2..
kebesaran Allah penawarnya...
menggembirakan orang di sekeliling kita juga..
hati akan tenang..

sekawan ikan..sweet sgt (^_*)

wahhhh besarnye...grrrr takott

ikan tu makan roti..hmm ~_~

yang ni klaka sbb berlanggar rebut roti huhu...

(^_^)
berbekalkan sebungkus roti..
aku ke tepi tasek..
ramai orang berkunjung ke sana..
bawa keluarga..
ada yang datang berdua..(tett dating kot)
bertiga..(suami, isteri & sweet baby..*yg ni aku suka hehe)
ramai2..satu bus huhu (melancong bkn melencong)


ramai kan orang??...

aku baling2 roti tu dalam tasek..
wahhh!!!! teruja sgt tengok ikan besar2..
sampai berlaga2 berebut roti..
padahal dlm hati..
dup dap dup dap..
maklum la takut air huhu...
nasib baik ada benteng berpagar jd penghalang...
hmm napa la aku gayat dgn air ni..
mgkin sbb x tahu berenang kot..myb

paling seronok..
bila aku baling2 roti tu..
sebelah kiri datang yg bertiga..
sambil senyum2 si suami kata
"nak tengok ye..=)"
aku senyum je..
aku suka sbb anak dia comel..
lalu aku hulurkan roti pd si isteri..
bg anak dia excited tengok ikan2 tu..
hmmm bahagianya...

sebelah kanan..
datang sekeluarga..
aku sengaja baling2 kat sebelah kanan...
tergelak aku sorang2..
dengar suara mereka yg teruja dengan ikan2 tu..
owwhhhh bahagianya rasa...



alhamdulillah...
terasa diri ini bahagia melihat orang lain bahagia..
indahnya ciptaan Allah..
(^____________^)




Wednesday, October 20, 2010

BUAT MEREKA YANG DEKAT DI HATIKU..





hanya melalui ini yang mampu long luahkan buat adek bradek yang long sayang..long minta maaf atas kelemahan diri ini yang tidak mampu memberi sinaran kebahagiaan buat semua..
long minta maaf atas segala kekurangan dan khilaf..
long sayang sangat >> umi, ngah, cik, lang, teh, su, adik2, makngah, maklang, maksu <<

HOLD MY HAND..
THERE ARE MANY WAYS TO DO IT RIGHT..
HOLD MY HAND..
TURN AROUND AND SEE WHAT WE HAVE LEFT BEHIND..
HOLD MY HAND MY FRIENDS..
WE CAN SAVE THE GOOD SPIRIT OF ME AND YOU..
FOR ANOTHER CHANCE..
AND LETS PRAY FOR A BEAUTIFUL WORLD..
A BEAUTIFUL WORLD I SHARE WITH YOU..

**KERANA ADANYA AQIDAH INI..IA TIDAK MAMPU MENGGUGAT UKHWAH YANG TELAH ALLAH TITIPKAN**
BIARPUN BURUK PADA PANDANGAN ORANG TAPI SEGALANYA MANIS BUAT LONG..
INSYAALLAH..AMEEN (~_~,)

Monday, October 18, 2010

Kekasihku..Moga Aku Kuat Dengan Kata2 Ini..

Renungi kata2 Imam AlGhazali..

"pertama telah ku pandang makhluk yang banyak ini..
maka aku saksikanlah bahawa tiap2 mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat..
sebahagian drpd kekasih itu hanya mendampingi sampai ke sakit yang membawa maut..
dan sebahagian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur..
setelah itu kesemuanya pulang & meninggalkan kekasihnya terbaring seorang diri..
tak seorang pun turut masuk ke kubur & menghiburkannya di dalamnya..
yang demikian ku dapati selain daripada amalan yg soleh..
sebab itu maka ku ambil ia menjadi kekasihku..
supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri..

>>sama2 kita renungi & hayati kalimah2 cinta ini<<
peringatan buat diri yang hina ini juga agar sentiasa menilai hati..

Maafkan Ana Ustaz Fariq@Farid

Bismillahirrahmanirrahim..
selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..
pembuka bicara entri dalam mengharap ketenangan yg sudah tidak bertapak kini..
telah lama aku tinggalkan blog ini kesunyian..
sama sunyinya dengan pengisian hati aku sekarang..
Alhamdulillah..walau apa pun hati aku masih hidup mencari2 dan tercari2 apa yang hilang..

Aku tak tahu nak bermula dari mana..hmmm
pada hari Sabtu..
kebiasaan bagiku untuk membantu di Darussyifa'..
membantu sambil menagih ilmu..sambil belajar sesuatu..sambil menambah pengalaman yg aku pasti tidak semua dapat melaluinya..
sambil aku membersihkan diri daripada segala kemudaratan yg singgah pada diri ini..
semoga segalanya Allah titipkan sebagai amal soleh ku buat tampungan dosa2 silam..

Sabtu yang lepas 16 oktober 2010..
setelah selesai solat Maghrib berjemaah, kami menerima undangan daripada sebuah keluarga yg duduk di Sg Long Cheras..
untuk merawat rumah mereka..
niat hati tak nak pergi sebab terlalu letih dan rasa tak sihat..
tp disebabkan kakakku menelefon mengatakan yg dia tiada di rumah, aku pon berkeputusan nekad nak ikut..dengan niat dapat tingkatkan kekuatan iman melawan kejahatan..

Ustaz Farid..
mengundangku untuk naik sekereta dengannya..
oh mungkin tidak..aku rela drive sendiri..
biarpon tiada apa yang diniatkan dan kami yakin antara satu sama lain..
tp aku tetap dengan pendirianku..

perjalanan di teruskan..kami berkonvoi enam biji kereta..
Ustaz Salleh, Ustaz Rashid n Ustazah Arbaiyah paling depan sbb nak tunjuk jalan..(sekereta)
then Ustaz Hj Jamaluddin follow..then Ustaz Farid, Ustazah Wasiah n kembarnya, Ustaz Aizat bersama Ustaz Azim n seorang sahabat yg aku belum kenal..and last aku..

nak dipendekkan cerita..
kami berhenti di trafic light..mcm biasa Ustaz Salleh masih di depan then Ustaz Hj Jamaluddin n aku..
kat belakang aku Ustaz Farid..
ketika sedang berhenti..kasut membetulkan kasut di seat sebelah so aku tunduk la...
entah macam mana aku terdengar bunyi hon..
tinnn..tinnn..tinnnnn doooomm!!!
kereta aku menggelungsur ke belakang and mengenai kereta Ustaz Farid..

aku!! ambil telefon call Ustaz Farid..
"ustaz!! mintak maaf ustaz saya lalai..saya khayal..teruk ke ustaz?? kereta saya macam mana??" menggelabah tak tentu pasal..

tp Ustaz Farid tetap dengan dirinya yang cool..
"xpa,xde ape, nampak sikit2 je..ok3.." (dalam hati Allah je yang tau)
then aku call Ustaz Aizat pulak..
"Aizat!! ana langgar kereta Ustaz Farid.." nada tu aku dah tak boleh nak kawal dah..gelabah je..
Ya Allah..sepanjang perjalanan tu aku berselawat je..tak ingat ape dah..
aku niatkan untuk Ustaz Farid supaya dia tenang..(padahal aku yang tak tenang)

sampai kami di destinasi..
aku keluar dari kereta meluru ke keretanya..(kereta aku kemudian)
aku suluh dengan lampu handphone aku yang x brape nak clear ni..
mula2 aku tak perasan plat kereta dia hilang..
bila Ustaz Rashid kata "plat kereta je?" (mgkin maksudnya tak teruk,,entah la aku pon x pasti)..
aku suluh sekali lagi..dalam hati "haah plat kereta!!"
waktu tu dah tak malu dah..
"ustaz, saya mintak maap ustaz saya tak sengaja.." bla3 aku merepek kat ustaz tu..
Ustaz Farid cool je lagi la aku menggelabah..
ustaz2 lain sibuk la senyum2 kat aku..MALU BETUL!!!

masuk je kat rumah orang tu..tak mampu nak pandang muka Ustaz Farid walaupon dia senyum je..(memang dia suka senyum)
kami di jemput makan..(dah gelabah hilang semangat nak makan pun tak selera)..
tp ustaz2 aku ni memang suka makan..haha lawak jap
selesai makan solat Isyak, sunat Hajat then baca Yassin n zikir macam biasa la..
selepas tu ustaz Salleh memulakan acara memagarkan rumah..
dia renjis satu rumah..
yang tak tahannya bila lalu depan aku Ustazah Ba'yah suruh Ustaz Salleh renjis kat aku..MALUUUU!!!
yang lain memang keje dorang sengih2 tengok aku..
walau ape pon berkat direnjis Alhamdulillah aku terasa tenang sikit..

dipendekkan cerita lagi..
sampai saat ini hati aku meronta2 rasa bersalah dengan Ustaz Farid..
mana taknya..kereta dia HONDA CR-V..takkan plat kereta tu murah kot..
walau pun aku dah mintak maaf berkali2..aku dah mesej mintak maaf tp hati aku tetap tak sedap..hmm tak tahu macam mana nak mengadap muka ustaz Sabtu minggu depan..
aku hanya berharap agar ukhwah kami tak terjejas..hatinya tenang sejernih wajahnya yang penuh dengan senyuman keimanan..

USTAZ,,MAAFKAN ANA..MAAFKAN ANA..MAAFKAN ANA...

YA ALLAH AMPUNKAN AKU DI ATAS KELALAIAN INI..
YA ALLAH KURNIAKAN REZEKI YANG BAIK KEPADA USTAZ FARID DI ATAS KESABARANNYA..
YA ALLAH BERKATI AMAL SOLEH KAMI..PELIHARA KAMI DUNIA AKHIRAT..AMEEN

>>> muhasabahku terhadap apa yang berlaku <<<
= Allah menguji keihlasan ku dalam meneguhkan pendirian yang ku bawa..
= Allah menegur kelalaianku dalam menjaga adab dan akhlakku..
= Allah mengurniakan kemurahannya ke atas kami agar kami redha segala yang berlaku..

Astahgfirullahala'zim..
Astahgfirullahala'zim..
Astahgfirullahala'zim..

Saturday, October 2, 2010

Allah-Always Be There 4 Us




terusik hati ini tatkala mendengar alunan musik ini..
sangat bersesuaian pula aku rasakan pabila mendengar bait2 liriknya..
bukan niat nak melalaikan sahabat2 yang melawat blog ini..
tapi liriknya sangat menyenangkan..

benarlah bagai dikata..
janji Allah itu pasti..
selagi mana kita mengingati Allah..
selama itu Allah bersama kita..

teringat aku pada hadith Qudsi oleh Imam Al-Ghazali:

"Wahai sekalian manusia,,,
tidak Ku jadikan kamu dalam keadaan sia2..
dan tidakKu jadikanmu dalam keadaan batil..
dan Aku bukanlah pelalai.. Aku amat mengenali kamu..
dan tidak akan kamu capai apa yang ada di sisiKu..
melainkan dengan sabar atas perkara2 yang kamu benci di dalam keredhaanKu..
bersabar dalam mentaatiKu adalah lebih mudah bagi kamu..
daripada sabar dalam menentang Aku..
meninggalkan maksiat adalah lebih mudah bagi kamu..
daripada membuat dalih untuk bebas daripada kepanasan dunia..
dan azab dunia adalah lebih ringan bagi kamu daripada azab akhirat..

..Wahai sekalian manusia,,,
semua kamu adalah sesat..
kecuali orang yang Aku beri petunjuk kepadanya..
sekalian kamu adalah jahat..
melainkan orang yang Aku memeliharanya..
bertaubatlah kamu kepadaKu supaya Aku mengasihi kamu..
dan janganlah kamu cuba menutup-nutupi rahsia2 kamu..
terhadap yang tidak tersembunyi bagiNya rahsia kamu (yakni Allah)"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...