Wednesday, September 29, 2010

Selamatkah Aku Daripada Neraka Itu??

Sementelah aku menanti budak2 sekolah rehat,,aku selak buku yang telah lama aku beli tapi belum berkesempatan nak baca..beli pun sebab nak kuatkan hati dan keyakinan pada Allah Taala..satu halnya aku sendiri takut nak baca sebab baca tajuk je dah ngeri grrrr~~~ (30 PERISTIWA BESAR DARI ALAM KUBUR)...

Bila nak membaca selalunya aku akan pilih2 tajuk yang sesuai dengan apa yang aku cari pada masa itu..**ketika ini hati aku sangat tenang dan tak ada rasa resah gelisah seperti selalunya..kalu boleh aku nak sentiasa sebak dan menangis**
Lalu cara terbaik buatku adalah mencari tajuk yang sangat aku takuti dan mencabar..aku selak halaman kandungan..aku teliti satu persatu tajuk sehingga mataku berhenti kepada tajuk "AZAB DAN SEKSAAN NERAKA"

Lembaran itu aku buka dan ku teliti di mana hatiku akan berpaut dan tertaut..SIFAT NERAKA..
......manusia yang menjadi musuh Allah digiring ke neraka, wajah mereka hitam pekat, mata melolot, mulutnya dikunci. Tatkala mereka sampai di pintu neraka, mereka disambut oleh malaikat Zabaniyah dengan membawa belenggu dan rantai. Rantai itu diletakkan di mulut orang kafir lalu dikeluarkan dari duburnya. Tangan kirinya dibelenggu ke lehernya sedangkan tangan kanannya dimasukkan ke dalam dadanya, lalu dicabut dari antara kedua bahunya. Mereka diikat dengan rantai jadi satu dengan syaitan dalam satu rantai. Selanjutnya mereka diseret dengan wajahnya. Mereka terus dipukuli oleh para malaikat dengan gada besi (sejenis palu)..

Fatimah ra bertanya:"Ya Rasulullah, apakah engkau tidak bertanya tentang umatmu?"..Beliau menjawab: "Para malaikat itu menggiring umatku ke neraka dengan wajahnya tetap putih(tidak hitam), mata mereka tidak melolot, mulut mereka tidak terkunci, mereka juga tidak dikumpulkan dengan syaitan, rantainya dan belenggunya tidak diletakkan di atas mereka.

Fatimah lalu bertanya:"Ya Rasulullah, bagaimana para malaikat itu menuntut umat?"..Beliau menjawab: "Adapun orang tua dan anak muda, maka keduanya dipegang dengan jenggotnya. Sedangkan perempuan akan dipegangkan gulungan rambutnya dan ubun2nya, maka banyak orang yang beruban dari umatku yang dicabut ubannya lalu dituntun ke neraka. Ia terus menjerit: "Aduh masa mudaku, aduh kelemahanku". Banyak dari kalangan umatku yang ditarik jenggotnya kemudian dituntun ke neraka, mereka menjerit: " Aduh rasa maluku, aduh kerosakan tutupku(aurat)... Sehingga umatkun itu sampai di tempat malaikat Malik.

Ketika malaikat Malik melihat mereka, ia bertanya kepada malaikat yang membawa umatku: "Siapa mereka, aku belum pernah melihat orang celaka yang sangat menghairankan ini, wajah mereka tidak hitam, sedangkan letak rantai dan belenggu di lehernya". Malaikat yang membawa menjawab: "Kami diperintahkan mendatangkan mereka dalam keadaan seperti ini".
Malaikat Malik lalu bertanya kepada mereka: "Wahai orang yang celaka, siapakah kamu?". Mereka menjawab: "Kami adalah umat Muhammad SAW".

Malaikat Malik bertanya kepada mereka: "Siapakah kamu?". Mereka menjawab: "Kami adalah umat, di mana Allah menurunkan Al-Quran pada umat ini, kami juga umat yang berpuasa pada bulan Ramadhan". Malaikat Malik kemudian berkata: "Al-Quran tidak diturunkan kecuali kepada umat Muhammad".

Ketika mendengar nama Muhammad disebut, mereka langsung menjerit dengan berkata: "Kami ini termasuk umatnya". Malaikat Malik kemudian berkata kepada mereka: "Apakah tidak ada penjelasan dalam Al-Quran yang melarang melakukan kemaksiatan?"

Ketika sampai di tepi Jahanam mereka berhenti, mereka melihat ke neraka dan malaikat Zabaniyah. Mereka kemudian berkata: "Wahai malaikat Malik, izinkanlah kami menangisi nasib kami". Malaikat Malik pun mengizinkannya. selanjutnya mereka menangis dengan mengeluarkan air mata, sampai tidak tersisa sedikit pun air matanya. Akhirnya mereka menangis dengan mengeluarkan darah. Malaikat Malik kemudian berkata: "Menangis seperti ini lebih baik jika kamu lakukan di dunia dahulu kerana rasa takut kepada Allah, dengan demikian kalian tidak akan diseret ke neraka. Sekarang tangisan kamu ini tidak ada gunanya, kamu tetap masuk neraka"...

....sebak rase hati ni bila aku membacanya..
jika kita lihat hari ini lebih ramai yang ketawa daripada menangis..
hilang rasa takut kepada Allah..
aku muhasabah diriku lebih dalam..berapa kali sehari aku tangisi dosa silamku?? istighfarku?? amalanku- ikhklas ke?? syukurku bagaimana?? auratku..tutur bicaraku?? masa2 mudaku??...owhhh banyak tlalu banyak perlu ditangisi...moga air mata itu mampu menyelamatkanku juga ibu bapaku saudara2ku serta sekalian umat Muhammad SAW..

Tuesday, September 28, 2010

Hadis-hadis Tentang Kelebihan Solat Sunat..

Nabi SAW bersabda:
"Sesiapa yang mengerjakan sembahyang sunat sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam, maka Allah SWT membina mahligai di dalam syurga untuknya."

Menurut hadis yang lain, baginda SAW bersabda:
"Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat yakni apa2 jenis sembahyang sunat yang dilakukan dalam tempat yang sunyi tanpa ada yang melihat melainkan Allah dan malaikatNya, nescaya ditetapkan baginya kelepasan dari neraka."

Hadis lain menurut baginda SAW:
"Mana-mana hamba yang mengerjakan sembahyang dalam rumahnya yang gelap dengan melakukan rukuk dan sujud yang sempurna, maka Tuhan akan membalas syurga kepadanya tanpa hisab."

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa mengerjakan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua belas rakaat, dibaca pada tiap2 rakaat surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Kursi sekali, Al-Ikhlas sekali, nescaya turun dari langit 70 ribu malaikat yang membawa bersama-sama mereka beberapa keping kertas yang putih serta beberapa pena daripada nur, sambil mereka menulis baginya sejumlah kebajikan hingga hari yang ditiupkan padanya sangka kala (kiamat)."

Apabila kiamat sudah berlaku, datanglah sekalian malaikat tadi membawa hadiah pakaian sambil berdiri di atas kuburnya, lalu mereka berseru:
"Wahai penghuni kubur, bangunlah kamu dengan keizinan daripada Allah Taala, kerana di kalangan kamu ada seorang yang termasuk dalam golongan mereka yang terselamat dan sejahtera."

Rasulullah SAW memberitahu lagi bahawa di antara beberapa nikmat yang besar bagi ahli syurga ialah melihat wajah Allah Taala pada tiap2 hari sebanyak dua kali. Sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu petang. Baginda SAW membaca firman Allah Taala yang bermaksud:
"Wajah2 mereka pada waktu itu berseri2 sambil melihat kepada wajah Allah." (Surah al-Qiyamah:22)

Mudah-mudahan kita termasuk ke dalam golongan hambaNya yang taat dan rajin melakukan amal ibadat dengan penuh keimanan dan mati dalam Islam serta dimasukkan dalam golongan orang2 yang soleh dan dijauhkan daripada azab neraka..insyaAllah

**peringatan buat diri dalam melayari bahtera cinta Allah pasti ada pasang surut dalam ibadah..moga apa yang dikongsikan dapat memotivasikan diri juga buat sekalian pembaca untuk terus mendambakan rahmat dan redha Allah Taala..**

Lamaran Buat Suaminya..

"Akak tak kisah kalau Kasih nak kawan dengan suami akak"...
Terkesima aku dengan kata-katanya...
"Kalau Kasih nak kawen dengan nabil(bukan nama sebenar) pun akak tak kisah..akak rela"..lagi kata-kata yang membuat aku buntu..
Sangat mudah jawapanku pada akak.."Saya kawan biasa je kak dengan Nabil"
***(pendekkan cerita)***...

Aku faham dengan kata-kata akak tu..walau pun akak tak cakap direct dekat aku tapi bila dia mengulang-ulang perkara itu membuatkan hati aku sayu..
Satu yang aku kagumi dirinya- akak berani berterus terang seolah-olah tak ada apa yang berlaku..

Tapi walau apa keadaannya sekali pun aku tidak akan terima..tak akan..
bukan aku untuk ambil kesempatan ke atas penderitaan akak..
sakit boleh diubati.."usaha lagi akak" hmm

Ya Allah akhirkanlah penderitaan akak agar dia bahagia bersama Nabil..
ameen..

Thursday, September 9, 2010

Selamat Tinggal Kasih..Moga Bertemu Kembali..

berat di hati,,berat di fikiran,,berat di wajah mahu pun di tubuh ini..
sungguh kegelisahan ku datang,,memikirkan tentangmu Ramadhan..
biarpun cinta itu baru berputik,,namun terasa sangat dekat jauh di lubuk hati yang paling dalam..

YA ALLAH..
pintaku kepadaMU,,samapikan waktuku untuk bertemunya kembali..
sayu hatiku untuk berpisah dengannya..
kerana ia telah membawa ku mencintaiMU..
dengan izinMU YA RAHMAN..
mengalir darahku bersama getaran cinta yang Engkau kurniakan..

YA RABB..
jangan Kau hentikan kegelisahan ini..
kerana sesungguhnya ia sukar di cari..
sekali hati ini tenang..
bererti aku lalai..
sekali ia berhenti bergetar..
bererti ia jauh,,KAU jauh..

YA RAHIM..
di atas kemurahanMU..
kami bertemu dan bertamu..
di atas redhaMU..
aku merindu..
di atas rahmatMU..
aku mencinta dan dicinta..

sungguh YA ALLAH..
aku tidak pandai meminta dan berkata2 seindahnya..
aku yang hanya pandai meratap..
kelu lindah,,mati kata-kata..
namun ALLAH..
cukuplah dengan ini yang meronta..
hanya kepadaMU aku serah segalanya..
berkatiku Allah..
berkati kami..
ibu bapaku..
saudara2 kandungku..
ahli keluargaku..
sahabat2 ku..
mereka yang dekat dan mendekatiku..
rahmati kami Allah..
insyaAllah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...