Sunday, November 21, 2010

mencari SUCI..


sesungguhnya lahir batinku hanya Allah yang tahu...
MENCARI..
perkataan yang tidak akan pernah jemu untuk aku ungkapkan..
ungkapan yang sangat sebati dengan jiwaku..
ungkapan yang menjadi jawapan kepada setiap persoalan..

MENCARI..
jika mereka menyelami ertinya..
aku akan sentiasa merasa selamat..
sentiasa merasa difahami..

MENCARI..
fikrah & fitrahku..
dalam mencapai keteguhan iman..
aku perlu kuat..
dalam menggapai kekuatan..
aku perlu gigih..
dalam menuntut kegigihan..
aku perlu sabar meniti halangan..

MENCARI..
terkadang aku tewas..
aku tahu bila aku tersungkur..
aku lambat bangun..
kerana aku masih mencari kekuatan itu..
namun..ia manis..
kerana meskipun lambat..
aku tetap bangun..

MENCARI..
terkadang aku hilang rasa mencari..
dan bermulalah episod kegoyahan..
owhh..
sedih di hati sangat menghibakan..
aku keliru..sangat2..
adakah aku tidak bersyukur??
adakah aku tidak redha??

MENCARI..
selalunya sahabat2 yang paling dekat..
mereka hampir kepada memahami..
mereka sangat menyenangkan..
kata2 mereka..
"bersangka baik pada Allah"
"jangan dituntut rasa yang hilang..kerana itu mungkin mainan syaitan"
"yakin Allah akan beri yang terbaik"
.....doa2 mereka.....
segalanya menyentuh hatiku..

MENCARI..
aku sangat tidak pandai berkata2..
tidak pandai menyusun ayat pinta..
menadah keinginan begitu juga..
banyaknya aku mengikut rasa..
yang entah bila dewasanya..
hanya bergantung kepada mereka..
yang tidak pernah jemu menyuap kata2...

MENCARI..
sandaranku...
"Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy (singgahsana) yang agung." at-Taubah:129
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...