Monday, October 18, 2010

Kekasihku..Moga Aku Kuat Dengan Kata2 Ini..

Renungi kata2 Imam AlGhazali..

"pertama telah ku pandang makhluk yang banyak ini..
maka aku saksikanlah bahawa tiap2 mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat..
sebahagian drpd kekasih itu hanya mendampingi sampai ke sakit yang membawa maut..
dan sebahagian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur..
setelah itu kesemuanya pulang & meninggalkan kekasihnya terbaring seorang diri..
tak seorang pun turut masuk ke kubur & menghiburkannya di dalamnya..
yang demikian ku dapati selain daripada amalan yg soleh..
sebab itu maka ku ambil ia menjadi kekasihku..
supaya kelak ia menjadi pelita di dalam kuburku, menghiburkan dan tidak meninggalkan aku seorang diri..

>>sama2 kita renungi & hayati kalimah2 cinta ini<<
peringatan buat diri yang hina ini juga agar sentiasa menilai hati..

Maafkan Ana Ustaz Fariq@Farid

Bismillahirrahmanirrahim..
selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..
pembuka bicara entri dalam mengharap ketenangan yg sudah tidak bertapak kini..
telah lama aku tinggalkan blog ini kesunyian..
sama sunyinya dengan pengisian hati aku sekarang..
Alhamdulillah..walau apa pun hati aku masih hidup mencari2 dan tercari2 apa yang hilang..

Aku tak tahu nak bermula dari mana..hmmm
pada hari Sabtu..
kebiasaan bagiku untuk membantu di Darussyifa'..
membantu sambil menagih ilmu..sambil belajar sesuatu..sambil menambah pengalaman yg aku pasti tidak semua dapat melaluinya..
sambil aku membersihkan diri daripada segala kemudaratan yg singgah pada diri ini..
semoga segalanya Allah titipkan sebagai amal soleh ku buat tampungan dosa2 silam..

Sabtu yang lepas 16 oktober 2010..
setelah selesai solat Maghrib berjemaah, kami menerima undangan daripada sebuah keluarga yg duduk di Sg Long Cheras..
untuk merawat rumah mereka..
niat hati tak nak pergi sebab terlalu letih dan rasa tak sihat..
tp disebabkan kakakku menelefon mengatakan yg dia tiada di rumah, aku pon berkeputusan nekad nak ikut..dengan niat dapat tingkatkan kekuatan iman melawan kejahatan..

Ustaz Farid..
mengundangku untuk naik sekereta dengannya..
oh mungkin tidak..aku rela drive sendiri..
biarpon tiada apa yang diniatkan dan kami yakin antara satu sama lain..
tp aku tetap dengan pendirianku..

perjalanan di teruskan..kami berkonvoi enam biji kereta..
Ustaz Salleh, Ustaz Rashid n Ustazah Arbaiyah paling depan sbb nak tunjuk jalan..(sekereta)
then Ustaz Hj Jamaluddin follow..then Ustaz Farid, Ustazah Wasiah n kembarnya, Ustaz Aizat bersama Ustaz Azim n seorang sahabat yg aku belum kenal..and last aku..

nak dipendekkan cerita..
kami berhenti di trafic light..mcm biasa Ustaz Salleh masih di depan then Ustaz Hj Jamaluddin n aku..
kat belakang aku Ustaz Farid..
ketika sedang berhenti..kasut membetulkan kasut di seat sebelah so aku tunduk la...
entah macam mana aku terdengar bunyi hon..
tinnn..tinnn..tinnnnn doooomm!!!
kereta aku menggelungsur ke belakang and mengenai kereta Ustaz Farid..

aku!! ambil telefon call Ustaz Farid..
"ustaz!! mintak maaf ustaz saya lalai..saya khayal..teruk ke ustaz?? kereta saya macam mana??" menggelabah tak tentu pasal..

tp Ustaz Farid tetap dengan dirinya yang cool..
"xpa,xde ape, nampak sikit2 je..ok3.." (dalam hati Allah je yang tau)
then aku call Ustaz Aizat pulak..
"Aizat!! ana langgar kereta Ustaz Farid.." nada tu aku dah tak boleh nak kawal dah..gelabah je..
Ya Allah..sepanjang perjalanan tu aku berselawat je..tak ingat ape dah..
aku niatkan untuk Ustaz Farid supaya dia tenang..(padahal aku yang tak tenang)

sampai kami di destinasi..
aku keluar dari kereta meluru ke keretanya..(kereta aku kemudian)
aku suluh dengan lampu handphone aku yang x brape nak clear ni..
mula2 aku tak perasan plat kereta dia hilang..
bila Ustaz Rashid kata "plat kereta je?" (mgkin maksudnya tak teruk,,entah la aku pon x pasti)..
aku suluh sekali lagi..dalam hati "haah plat kereta!!"
waktu tu dah tak malu dah..
"ustaz, saya mintak maap ustaz saya tak sengaja.." bla3 aku merepek kat ustaz tu..
Ustaz Farid cool je lagi la aku menggelabah..
ustaz2 lain sibuk la senyum2 kat aku..MALU BETUL!!!

masuk je kat rumah orang tu..tak mampu nak pandang muka Ustaz Farid walaupon dia senyum je..(memang dia suka senyum)
kami di jemput makan..(dah gelabah hilang semangat nak makan pun tak selera)..
tp ustaz2 aku ni memang suka makan..haha lawak jap
selesai makan solat Isyak, sunat Hajat then baca Yassin n zikir macam biasa la..
selepas tu ustaz Salleh memulakan acara memagarkan rumah..
dia renjis satu rumah..
yang tak tahannya bila lalu depan aku Ustazah Ba'yah suruh Ustaz Salleh renjis kat aku..MALUUUU!!!
yang lain memang keje dorang sengih2 tengok aku..
walau ape pon berkat direnjis Alhamdulillah aku terasa tenang sikit..

dipendekkan cerita lagi..
sampai saat ini hati aku meronta2 rasa bersalah dengan Ustaz Farid..
mana taknya..kereta dia HONDA CR-V..takkan plat kereta tu murah kot..
walau pun aku dah mintak maaf berkali2..aku dah mesej mintak maaf tp hati aku tetap tak sedap..hmm tak tahu macam mana nak mengadap muka ustaz Sabtu minggu depan..
aku hanya berharap agar ukhwah kami tak terjejas..hatinya tenang sejernih wajahnya yang penuh dengan senyuman keimanan..

USTAZ,,MAAFKAN ANA..MAAFKAN ANA..MAAFKAN ANA...

YA ALLAH AMPUNKAN AKU DI ATAS KELALAIAN INI..
YA ALLAH KURNIAKAN REZEKI YANG BAIK KEPADA USTAZ FARID DI ATAS KESABARANNYA..
YA ALLAH BERKATI AMAL SOLEH KAMI..PELIHARA KAMI DUNIA AKHIRAT..AMEEN

>>> muhasabahku terhadap apa yang berlaku <<<
= Allah menguji keihlasan ku dalam meneguhkan pendirian yang ku bawa..
= Allah menegur kelalaianku dalam menjaga adab dan akhlakku..
= Allah mengurniakan kemurahannya ke atas kami agar kami redha segala yang berlaku..

Astahgfirullahala'zim..
Astahgfirullahala'zim..
Astahgfirullahala'zim..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...