Saturday, November 27, 2010

THE MOST BEAUTIFUL WORDS...



SURAH FATIHAH..
protects one from anger of ALLAH

SURAH YASSIN..
from thirts on The Day of Judgement

SURAH WAQIAH..
from poverty and starvation

SURAH MULK..
from punishment of grave

SURAH KAUTHAR..
from enemity of enemy

SURAH KAAFIRUN..
from kufr at time of death

SURAH IKHLAAS..
from hypocrisy

SURAH FALAQ..
from calamities

SURAH NAAS..
from evil thoughts

WALLAHUA'LAM..

Sunday, November 21, 2010

mencari SUCI..


sesungguhnya lahir batinku hanya Allah yang tahu...
MENCARI..
perkataan yang tidak akan pernah jemu untuk aku ungkapkan..
ungkapan yang sangat sebati dengan jiwaku..
ungkapan yang menjadi jawapan kepada setiap persoalan..

MENCARI..
jika mereka menyelami ertinya..
aku akan sentiasa merasa selamat..
sentiasa merasa difahami..

MENCARI..
fikrah & fitrahku..
dalam mencapai keteguhan iman..
aku perlu kuat..
dalam menggapai kekuatan..
aku perlu gigih..
dalam menuntut kegigihan..
aku perlu sabar meniti halangan..

MENCARI..
terkadang aku tewas..
aku tahu bila aku tersungkur..
aku lambat bangun..
kerana aku masih mencari kekuatan itu..
namun..ia manis..
kerana meskipun lambat..
aku tetap bangun..

MENCARI..
terkadang aku hilang rasa mencari..
dan bermulalah episod kegoyahan..
owhh..
sedih di hati sangat menghibakan..
aku keliru..sangat2..
adakah aku tidak bersyukur??
adakah aku tidak redha??

MENCARI..
selalunya sahabat2 yang paling dekat..
mereka hampir kepada memahami..
mereka sangat menyenangkan..
kata2 mereka..
"bersangka baik pada Allah"
"jangan dituntut rasa yang hilang..kerana itu mungkin mainan syaitan"
"yakin Allah akan beri yang terbaik"
.....doa2 mereka.....
segalanya menyentuh hatiku..

MENCARI..
aku sangat tidak pandai berkata2..
tidak pandai menyusun ayat pinta..
menadah keinginan begitu juga..
banyaknya aku mengikut rasa..
yang entah bila dewasanya..
hanya bergantung kepada mereka..
yang tidak pernah jemu menyuap kata2...

MENCARI..
sandaranku...
"Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy (singgahsana) yang agung." at-Taubah:129

Saturday, November 20, 2010

Kisah Rahsia Di Sebalik Solat 5 Waktu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

Sudah sekian lamanya aku meninggalkan blog ini tidak terisi dengan kebaikan..
aku tetap usahakan kebaikannya walaupon sukar..
ku ganti dengan pengisian moga sekalian sahabat dapat mengukuhkan ilmu dan keimanan..
ku titipkan satu kisah tentang rahsia yang sesetengahnya tahu tapi terkadang lalai untuk diamalkan..(aku takut tergolong sekali..nauzubillah..)
ku petik daripada nota seorang sahabat di facebook..



Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, maka dengan tiba2 datanglah satu rombongan orang2 Yahudi lalu berkata : " Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat2 yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab (terhampir)." Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: "Silakan bertanya." Berkata orang Yahudi: "Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang
diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu."

 Sabda Rasullullah S.A.W. : 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhanNya, Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi, Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.‘Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku, Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang?’

Rasullullah S.A.W bersabda: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.' Sabda Rasullullah S.A.W. lagi: 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud: 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan'. Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Sembahyang Isya' (attammah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.'
Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: 'Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:

• Dibebaskan dari api neraka.
• Dibebaskan dari nifaq (sifat munafik).

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W).

titipan ini lebih kepada peringatan buat diriku agar tidak lalai..
sesungguhnya Allah datangkan ujian ke atasku dalam mencari istiqamah untuk terus kuat dalam ibadah..
Allah Maha Mengetahui apa yang aku cari di dunia ini..
dan melalui pencarian itulah Allah datangkan ujian buatku..
sesungguhnya aku masih belajar untuk Redha & diRedhaiNya..
ikhlas dalam mencari itu penawarnya..InsyaAllah..
moga aku sentiasa dalam lindungan Rahmat Allah meskipun sering kali tersungkur..

ALLAH.........KECINTAANKU..PUJAANKU..DAMBAANKU..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...