Tuesday, September 28, 2010

Hadis-hadis Tentang Kelebihan Solat Sunat..

Nabi SAW bersabda:
"Sesiapa yang mengerjakan sembahyang sunat sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam, maka Allah SWT membina mahligai di dalam syurga untuknya."

Menurut hadis yang lain, baginda SAW bersabda:
"Sesiapa mengerjakan sembahyang dua rakaat yakni apa2 jenis sembahyang sunat yang dilakukan dalam tempat yang sunyi tanpa ada yang melihat melainkan Allah dan malaikatNya, nescaya ditetapkan baginya kelepasan dari neraka."

Hadis lain menurut baginda SAW:
"Mana-mana hamba yang mengerjakan sembahyang dalam rumahnya yang gelap dengan melakukan rukuk dan sujud yang sempurna, maka Tuhan akan membalas syurga kepadanya tanpa hisab."

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa mengerjakan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua belas rakaat, dibaca pada tiap2 rakaat surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Kursi sekali, Al-Ikhlas sekali, nescaya turun dari langit 70 ribu malaikat yang membawa bersama-sama mereka beberapa keping kertas yang putih serta beberapa pena daripada nur, sambil mereka menulis baginya sejumlah kebajikan hingga hari yang ditiupkan padanya sangka kala (kiamat)."

Apabila kiamat sudah berlaku, datanglah sekalian malaikat tadi membawa hadiah pakaian sambil berdiri di atas kuburnya, lalu mereka berseru:
"Wahai penghuni kubur, bangunlah kamu dengan keizinan daripada Allah Taala, kerana di kalangan kamu ada seorang yang termasuk dalam golongan mereka yang terselamat dan sejahtera."

Rasulullah SAW memberitahu lagi bahawa di antara beberapa nikmat yang besar bagi ahli syurga ialah melihat wajah Allah Taala pada tiap2 hari sebanyak dua kali. Sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu petang. Baginda SAW membaca firman Allah Taala yang bermaksud:
"Wajah2 mereka pada waktu itu berseri2 sambil melihat kepada wajah Allah." (Surah al-Qiyamah:22)

Mudah-mudahan kita termasuk ke dalam golongan hambaNya yang taat dan rajin melakukan amal ibadat dengan penuh keimanan dan mati dalam Islam serta dimasukkan dalam golongan orang2 yang soleh dan dijauhkan daripada azab neraka..insyaAllah

**peringatan buat diri dalam melayari bahtera cinta Allah pasti ada pasang surut dalam ibadah..moga apa yang dikongsikan dapat memotivasikan diri juga buat sekalian pembaca untuk terus mendambakan rahmat dan redha Allah Taala..**

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...