Wednesday, February 16, 2011

KaSiH SaYaNg AlLaH mElAlUi SeLaWaT NaBi...SUBHANALLAH,,,,

Bismillahirrahmanirrahim...
Subhanallah wa bi hamdih..
Subhanallahila'zim..

Ya Allah,,
rahmatilah ke atas junjungan besar kami Nabi Muhammad SAW dan juga ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda kesemuanya.. 

Assalamualaikum wrt..
moga redha Allah sentiasa mengiringi setiap langkahmu dan diriku..

Bicara tentang Maulidur Rasul yang telah berlalu semalam,,
sengaja aku post entri ini ketika sisa kedinginan Subuh masih berbaki,,
supaya semangat berselawat tetap segar..
tidak pasti bagaimana hendak ku mulakan bicara ini sedalamnya..
menurutku,,
apabila datangnya hari kebesaran junjungan besar SAW,,
maka berlumba2 umat ini bercakap tentang perjuangan Rasulullah..
keagungan dan ketinggian akhlak baginda,,
kelebihan berselawat ke atas baginda,,
saat itu juga masing2 meluahkan rasa kecintaannya kepada kekasih Allah ini..
begitu juga aku..
kesempatan ini yang terbaik untuk aku berkongsi ilmu tentang selawat 
yang ku baca dan dengar..
insyaAllah,,
ramai yang sudah tahu tentangnya..
tetapi atas peringatan bahawa kita adalah hamba yang sering lalai dan lupa,,
maka entri ini ku jadikan peringatan buatku dan sahabat sekalian..

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : “Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata pula Mikail A.S. : “Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.” 

Berkata pula Israfil A.S. : “Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu.”

Malaikat Izrail A.S pula berkata : “Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi.”

Anas r.a berkata, bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud “siapa  membaca selawat untukku sekali maka Allah SWT mberikannya 10 selawat..barangsiapa membaca selawat untukku 10 kali,,maka Allah SWT memberinya  100 selawat,,dan barangsiapa membaca selawat ke atasku 100 kali,, maka Allah mencatat pada 2 matanya dua kebebasan, bebas dr sifat munafik dan bebas dr api neraka,,bahkan d hari kiamat Allah SWT memasukkannya ke dalam syurga bersama2 dengan mereka yang mati syahid”

Diriwayatkan dr Anas bin Malik r.a telah bersabda Rasulullah SAW yg bermksd “hiasilah tempat2 pertemuanmu dengan membaca selawat untukku,,kerana sesungguhnya selawatmu untukku itu menjadi sinar di hari kiamat”

Bersabda Nabi SAW yang bermaksud “tidaklah seseorang yang mengucapkan salam kepadaku melainkan dikembalikan oleh Allah kepadaku ruhku sehingga aku menjawab salam kepadanya” riwayat Abu Daud dari Abi Hurairah…

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat untuk Nabinya..Wahai orang2 yang beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya” (33:56)

mari kita hayati dan hormati keindahan selawat..
moga Rasulullah bersama kita sentiasa..

 

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...